Saturday, July 30, 2011

MARHABAN YA RAMADHAN..2011
















الله الله لا اله الا الله

Bulan kemuliaan bulan kerahmatan
Bulan keampunan bulan Ramadhan

Mari beribadah agar bahagia
Kebahagiaan dan kenikmatan
Untuk mengharap keampunan
Rukuk dan sujudlah kepada Tuhan

Beristighfar dan bertasbih
Bertahlillah dan bertakbir
Tuhan mengampun segala dosa
Selamatkan daripada seksa

Berzakatlah dan bersedekah
Bersatu padu bermuafakat
Bertaubatlah kepada Tuhan
Bermohonlah pada yang Esa


MARHABAN YA RAMADHAN KAREEM..SELAMAT DATANG RAMADHAN KAREEM..BULAN SEGALA RAHMAT,BERKAT..DAN SEGALA KBAIKAN PASTI ADA TERSIRAT DAN TERSURAT DLM BULAN RAMADAN..AKU BERHARAP MOGA ALLAH PANJANGKAN USIAKU MNGHADAPI RAMADAHN SETERUSNYA..AKU MOHON ALLAH PERMUDAHKAN URUSANKU MENGHADAPI RAMADAN...DN DIMAKBULKAN DOA..RAMADAN OH RAMADAN..

Monday, July 25, 2011

indahnya ujian Allah






















"Ya Allah, aku tidak mampu."

Ada kalanya inilah antara bait-bait kata yang akan terungkap di bibir kita tatkala diuji oleh ujian-NYA.

Sahabatku, di kala hatimu mendung bagaikan awan yang berat dengan titisan-titisan air, yakinlah ada cahaya mentari yang akan menyinari hidupmu selepas itu kerana Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Seringkali kita terlupa untuk memikirkan hikmah di sebalik apa yang menimpa kita kerana kita terlalu fikirkan kesedihan di hati.

Di mana Allah di hati kita tatkala kesedihan itu bermaharajalela? Adakah kita masih ego untuk menadah tangan kepada-Nya terutamanya di sepertiga malam memohon dan bermunajat kepada-NYA?

Sahabat.. indahnya aturan Allah itu tidak dapat dinilai oleh mata hati yang leka dengan kehidupan dunia.

Di saat kita terleka, Allah turunkan ujian tanda sayangnya Allah kepada kita kerana hanya dengan ujian hati kita akan lebih terarah kepada mengingati Allah dan bermunajat kepada-NYA.

Bukankah Allah sudah berfirman dalam surah Ar Ra'd : Ayat 28 :

"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." [QS. 13:28]

Teruskanlah keyakinan kita dengan indahnya aturan Allah tetapkan kepada kita.

Dengan sifat redha dan bersabar serta berusaha untuk membaiki keadaan ke arah yang lebih baik adalah kata kunci kepada kehidupan yang diredhai Allah. Keyakinan terhadap indahnya aturan yang Allah tetapkan adalah keyakinan yang mampu membuatkan semangat kita tidak pernah luntur.

Yakinlah sahabat, Allah menyayangimu. Allah merindui ratapanmu kepada-NYA di setiap sujudmu. Allah merindui munajatmu terhadap-Nya di sepertiga malam di kala semua orang sedang nyenyak tidur.

Buatmu sahabat, Allah menyayangi dan mendengar setiap bait doa-doa kita.

Ikhlaskan diri dengan sentiasa berdoa kepada-Nya. Luahkanlah segala isi hatimu kepada-NYA.

Yakinlah, tiada apa yang perlu diragukan dan bertawakallah kepada-Nya, kepada Tuhan yang menciptakan dirimu, diri kita dan juga sekalian alam ini.

Yakinlah, indahnya tawakal kepada-Nya dan halawatul Iman itu akan dapat dirasai oleh orang yang melihat dengan mata hatinya.

Indahnya aturan-MU ya Allah.

-Artikel iluvislam.com

Tuesday, July 5, 2011

BELAJAR DARI SIKAP DAN PERANGAI MANUSIA










MANUSIA OH MANUSIA..
BANYAK BENAR AKU BELAJAR TENTANG SIKAP MANUSIA,
ADA YG BAIK,ADA YG ALIM,ADA YANG JELIK,ADA YG ACUH DAN TAK ACUH,
NAMUN,
TAK BANYAK AKU FAHAMI TENTANG APA SIKAP MANUSIA,
KERANA BANYAK YG BERPURA-PURA,YG RAKUS TAK KURANG PULA YG MERACUN KATA DUSTA FITNAH,
AKU CUBA FAHAM DAN MEMAHAMI SIKAP MANUSIA,
KERANA SEMUA ITU PENTING BAGI DIRIKU,
SUPAYA DIRIKU TAHU AIB DIRIKU,SUPAYA DIRIKU TAHU BAHAWA ITU UJIAN BUAT DIRIKU BAGI MELATIH DIRIKU INI BERSIKAP SABAR..
SABAR;AH SYAKIRAH..SABARBARLAH KERANA ALLAH BERSAMA ORANG YG SABAR

Friday, June 10, 2011

Rezeki Allah yg tentukan,..aku perlu usaha atau Pasrah???



















"Allah juga yang menentukan rezeki anda. Allahlah yang membuka pintu hati orang yang menemuduga anda untuk memilih anda. Allah juga yang memelihara kesihatan anda supaya anda dapat bekerja dengan sempurna. Sekiranya Allah mencabut nikmat kesihatan sudah tentu anda terlantar sakit dan akhirnya anda terpaksa diberhentikan kerja"..

Rezeki di tangan Allah,Allah yg menentukan rezeki aku,jodoh,pertemuaan,rezeki ,ajal maut aku semua di tangan Allah...aku sedih masih ada orang yg mengungkit kisah rezeki aku..aku harap Allah memahami isi hati aku...aku harap tahun nie Allah memberi sinar harapan pada rezeki aku...bagi aku,aku bersyukur apa yg ada,walaupun terdapat kekurangan,namun aku tahu aku usaha tetap ada,aku bersyukur sekurang kurangnya,Allah memberi pengalaman kepada aku susah peritnya mencari rezeki,susah peritnya berhadapan dgn manusia yg pelbagai ragam sikapnya..macam2 lagi..

YA ALLAH,BERIKANLAH REZEKI KEPADA KU,
LUASKAN REZEKIKU,
RINGANKANLAH REZEKIKU..
MURAHKAN REZEKIKU,
PALING PENTING ..
BERKATDAN HALALKANLAH REZEKU..
AMIN YA RABALALAMINN..

Friday, May 20, 2011

BIARLAH MASA YANG MENENTUKAN






















''saat diri semakin merasa bnyak yg terlalai dlm hidup, ataupun di hadapkan dlm dua pilihan yg sama2 sulit, pun masih banyak yg ingin di capai dlm hidup, dekatkan diri kepada-NYA dlm sisa malam yg di berikan-NYA, agar DIA pun sll dekat dgn diri kita, terlepas dari semua itu, 1/3 malam, adlh waktu yg tepat utk mendulang CINTA-NYA''.

:。✿Kepada yang dilanda JIWA kering, basahilah jiwamu dengan siraman Al Quran
.:。✿Kepada yang dilanda gelap HATI, sinarilah hatimu dengan cahaya Al Quran
.:。✿Kepada yang dilanda GALAU, hilangkanlah galaumu dengan petunjuk Al Quran
.:。✿Kepada yang dilanda CINTA, rindukanlah cintamu pada keindahan Al Quran
.:。✿Sesungguhnya Al Quran itu petunjuk cahaya&keindahan bagi Kaum Muslim

YA ALLAH,AKU BERHARAP AKU DAPAT BRJUMPA DGN DIA..
DIA SEORANG YG ALIM LAGI WARAK,
WALAUPUN BERSTATUS YG DIHORMATI MANUSIA,
NAMUN DIA TIDAK PEDULI SEMUA ITU,
DIA HAMBA ALLAH YG PNTINGKAN TAWADUK LAGI BERTAKWA,
DIA MMPUNYAI JIWA YG SABAR KETIKA DIPENUHI ONAK DAN DURI,
TIKA MANUSIA MENGHINA,NAMUN,MASIH ADA YG MNYOKONG,YG LEBIH MNGHORMATI DIA,
RAMAI YG MENDOAKAN KESEJAHTERAAN DIA..
MOGA AKU KETEMU DGN DIA..
AMIN MAKBUL YA ALLAH..

Saturday, May 14, 2011

BICARA BUAT SEORANG SULTAN
















pada kerendahan dalam pakaian,
pada penampilan dalam keramaian,
perasaan tertawan kepada sang sultan,

pada bicara yang sederhana,
pada gaya yang bersahaja,
jiwa tertarik pada raja,
moga nyata, dia payung rakyat jelata..

inilah nasihat raja dan rakyat..

raja dimulia bukan kerna singgahsana,
raja disayang bukan kerna paluan gendang,
raja diangkat bukan kerna kalimat 'daulat',
raja dicinta bukan kerna kuasa,
raja dihormat bukan kerna pangkat,

raja dimulia kerna takwanya,
raja disayang kerna dia berjuang,
raja diangkat kerna Tuhan memberkat,
raja dicinta kerna budi bahasanya,
raja dihormat kerna kasihkan rakyat,

raja dibenci kerna buruk budi,
raja dicerca kerna tamakkan harta,
raja dimarah kerna dia bermewah,
raja dilupa kerna tinggalkan agama,

apabila raja itu zuhud,
namanya selalu disebut,
apabila raja takutkan Allah,
sekelian rakyat jantung diserah
apabila raja sangat sederhana,
jiwa jelata penuh bangga,
apabila raja kuat agama,
dengan ikhlas rakyat berdoa..

tuanku raja yang masih muda,
namun ada teladan untuk semua,
dalam persarungan penuh kerendahan,
dalam kehidupan penuh kerakyatan,
sayang rakyat penuh melimpah,
kepada raja kasih tertumpah.

DR MAZA,
160211

Friday, May 6, 2011

CANTIK IALAH UJIAN ALLAH : ANDA BERSYUKUR ATAU MENGUNDANG FITNAH?






















Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.

Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.

Cahaya iman mungkin?

Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?

Cantik sebagai anugerah

1. Meningkatkan rasa syukur

2. Keyakinan diri tinggi

3. Sedap mata memandang

4. Maintanance rendah (sepatutnya)

5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa

Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.

Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.

Cantik sebagai ujian

1. Dijadikan bahan komersial

2. Disayangi hanya kerana rupa

3. Menimbulkan riak dalam hati

4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata

Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.

Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!

Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.

Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.


Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.