Friday, October 5, 2012

cabaran bakal bergelar tunangan orang

salam wrt semua sahbat pmbaca blog,sudah lma,aku x menulis dalam blog teratak yg dulu dikenali sbg sayang ulama,tapi sudah sekian lma,aku kini mnukar kpda blog kasih sayang ilahi..aku bukan nk citer bnyak2 pasal blog aku..aku nak citer pasal cabaran brgelar tunangn org..almaklumlah aku juga bkal brtunang x lama lgi..insyaalah,amin makbul ya allah..apa cabarnya ya???ha pngguna blog ,sila jwab??he he
kna jaga batasan lah,agama yg paling pnting..x bolh peegang2 tau,sentuh2 pun x leh...kna kuat imanlah kalo x kuat iman,rsa x bestlah bla dh akd nikah kalo dah rasa semuanya..paham2lah yea.. kna wat prsiapan kursus kawin ,dgar btul2,tpi kursus kt mak pun bolh he he..org makan garam bnyak lgi di alam rumah tangga..bab 2 nie kna cekap kmharan memsak(aku pndai masak ke??bolhlahh..lagi pa yea..ha bersambung he he....

Tuesday, May 8, 2012

aku diuji dgn GASTRIK!!

innalillahiwainnailaihirajiun..sesungguhnya aku datang kepadamu ya Allah dan aku kmbali kpadaMU jua..aku diuji dgn gastrik sehingga aku x mampu melaulan pkejaan walaupun keja yg aku lakuan cukup ringan..ujian kepada hambamu ini untuk diuji sama ada aku masih mngingatimu atau tidak..atau Allah ingin mndengar "rintihan" ku ini..ak bersyukur keluaga ,sahabat,majikan memahami sakitku ini..teman istimewa bnyak mmberi semnagat padaku walaupun aku tahu,dia sedih bla melihat aku begini..
AKU INGIN BERKONGSI UBAT DAN CARA MNGATASI GASTRIK INI:
Rawatan (segera ketika sakit)
Ubat Antasid – berfungsi sebagai “peneutral” asid gastrik untuk rawatan tindakan segera, apabila dinding perut dineutralkan dari asid, ini dapat mengurangkan sedikit rasa sakit di bahagian berkenaan. Antara contoh antasid yang biasa digunakan adalah “Magnesium Trisilicate” (Susu Magnesia). Ubat ini walaubagaimanapun harus digunakan ketika sakit sahaja dan tidak sesuai digunakan untuk pencegahan kerana ia dikatakan mampu membuatkan tulang seseorang itu reput (osteoporosis) jika diambil dengan kerap untuk tempoh yang lama.
Proton Pump Inhibitor – Ubat jenis ini bertindak dengan “mematikan” sel-sel perut yang merembeskan jus asid gastrik. Tetapi masalahnya adalah jika tiada jus gastrik yang cukup untuk pencernaan, makanan yang dimakan itu akan reput dan bukannya dicerna di dalam usus anda. Apabila bahan yang tidak sempurna dicerna atau toksik reputan diserap ke dalam saluran darah, ia akan memberi kesan terhadap kandungan darah yang turut akan menyebabkan kehadiran penyakit sampingan yang lain.
Rawatan (pencegahan jangka masa panjang)
Rawatan jangka masa panjang untuk sesuatu penyakit hanya boleh dilakukan dengan mengatasi punca penyakit tersebut (pencegahan). Namun begitu kebanyakan individu yang mengidap gastrik sukar mengenalpasti punca mengapa terjadinya gastrik dalam hidup mereka, malah doktor sendiri sukar untuk mengenalpasti mengapa gastrik dalam hidup seseorang itu terjadi hanya berdasarkan diagnosis dan keterangan yang diberikan oleh pesakit. Ini merupakan faktor utama mengapa gastrik itu tidak datang hanya sekali dalam hidup mereka yang pernah mengidapnya.
Secara umumnya jika punca gastrik tersebut adalah jangkitan H. Pylori, maka cara rawatannya adalah dengan membunuh mikroorganisma tersebut menggunakan antibiotik meskipun cara ini sebenarnya mampu membunuh bakteria-bakteria baik dalam badan yang lain. Selain itu, rawatan jangka masa panjang juga lebih berbentuk pencegahan pemulihan sakit secara semulajadi. Berikut disenaraikan beberapa petua/pencegahan yang sempat aku rujuk pada ruangan komen blog Petua dan kebanyakkan petua-petua yang dikongsi pembaca-pembaca di sana adalah berdasarkan pengalaman mereka sendiri.
(Nota: Petua-petua di bawah adalah merujuk kepada sakit gastrik biasa/umum. Jika gastrik tersebut berpunca dari faktor lain seperti kewujudan batu karang dalam hempedu, petuanya mungkin berbeza)
  1. Jangan minum sesuatu yang berkafein seperti kopi atau teh (kecuali teh herba)
  2. Jangan minum/menggunakan krimer dalam minuman, contoh krimer adalah susu pekat manis.
  3. Makan ikut waktu dalam 4-5 hidangan kecil sehari (kalau gastrik tahap tinggi kena makan hidangan kecil setiap 2 jam sekali), jika berpuasa rancang puasa anda supaya tidak gastrik (seperti mengambil Proton Pump Inhibitor ketika sahur)
  4. Makanan yang mempunyai sifat PALM – Pedas, angin, lemak, masam, sila kurangkan
  5. Pastikan makanan yang diambil itu seimbang, cukup karbohidrat dan protein, dan jangan sesekali mengabaikan sayur.
  6. Juga digalakkan mengambil serat tinggi melalui sayuran dan buahan atau lain-lain supplemen bagi memastikan sistem pengkumuhan badan (berak) secara teratur setiap hari.
  7. Kunyah makanan perlahan-lahan sehingga makanan tersebut benar-benar hancur sebelum telan, ini untuk memudahkan lagi proses pencernaan dalam perut (petua ini juga merupakan sebahagian sunnah nabi).
  8. Selepas sarapan atau sebelum makan tengahari minum sesudu khal tamar (cuka kurma).
  9. Awalkan makan malam supaya selepas pukul 8 atau 9 malam tiada lagi aktiviti makan berat. Sebelum tidur, jika ada kemampuan kewangan ulangi minum madu + habatusauda, susu kambing, khal tamar dan sesudu minyak zaitun `extra virgin’ selang 20 minit antara satu dengan lain (untuk kos keseluruhan, boleh rujuk pada akhir senarai).
  10. Amalan meminum susu kambing dikatakan membantu, tetapi susu rendah lemak seperti susu skim juga boleh (jangan minum ketika sakit gastrik, tapi minum sesudah lega dari sakit gastrik). Minum pada sebelah malam 1-2  jam sebelum masuk tidur.
  11. Amalan meminum susu yogurt juga membantu untuk memperkuatkan bilangan bakteria-bakteria baik dalam sistem penghadaman, sekaligus mengurangkan H. pylori dari bermaharajalela dan membuat onar dalam perut.
  12. Bila “rasa” gastrik itu seolah-olah nak datang, boleh cuba minum yakult, terbukti berkesan untuk beberapa orang pembaca.
  13. Daripada memakan roti, lebih elok makan sumber karbohidrat berserat seperti nasi dan oat.
  14. Boleh mencuba ubat yang bernama ‘WEI TONG NING’ yang boleh didapati dari tabib cina (kedai cina)
  15. Berdasarkan nasihat pengamal perubatan cina, kacang tanah dan halia amat penting dijauhi oleh pengidap gastrik. Walaupun agak pelik terutama halia yang dikatakan penghambat angin, ia tidak membantu dalam kes gastrik ini. Sebaliknya bawang putih digalakkan. Ambil dalam bentuk kapsul untuk lebih konsisten.
  16. Ubat gaviscon kalau gastrik dah teruk memang tidak berkesan (dah beritahu siap-siap, tak perlu bazir duit beli untuk rawatan segera). Kalau untuk tujuan pencegahan selepas sakit tak jadi masalah.
  17. Lactose-s keluaran Elken dikatakan berkesan dan bagus, tapi sedikit mahal.
  18. Gamat dipercayai amat membantu melawan penyakit gastrik untuk jangka masa panjang. Produk keluaran gamatemas, iaitu bioseed, spirulina dan gamat plus, atau GAMAT keluaran HEALIN atau Gamogen  mungkin boleh cuba (tapi bukan semua orang boleh makan jika ada alahan terhadap makanan laut)
  19. APO 250mg dari farmasi (terbukti mujarab untuk 2 orang pesakit dalam ruangan diskusi blog berkenaan untuk rawatan jangka masa panjang)
  20. Enzim Noni (buah mengkudu) juga didakwa membantu
  21. Minum ekstrak air bawang merah 1 sudu besar setiap pagi, ketika kisar tambah dengan air suam sedikit. Selawat 3x & Bismillah. mula minum akan rasa pening & panas sedikit. Kalau rasa tak selesa selepas 1/2 jam, minum 1 gelas air suam. Antara khasiat air bawang merah (kecil) ialah melancarkan peredaran darah & menolak angin dalam badan (kurangkan sesak nafas ketika gastrik).
  22. Bila sakit dah sembuh, bersenam jangan dilupa untuk kebaikan sistem penghadaman.
  23. Jika anda merokok, sila berhenti merokok.
  24. Ceriakan diri dan elak stress.
  25. Ubat hanya penawar sementara, ubat yang lebih utama ialah cara kita mengawal ambilan makanan, jadual makan, riadah dan tidur yang cukup, ini adalah penawar jangka panjang yang terbaik.
Amalan pemakanan sunnnah tidaklah begitu membebankan. Anggaran kasar kos untuk setengah bulan (2 minggu) adalah seperti berikut:
  1. Madu asli (anggaran RM15 sebotol kecil)
  2. Habatausauda (anggaran RM8 sekotak)
  3. Kurma (harga mengikut gred/citarasa); bagi mengelakkan terkena sihir amalkan kurma ajwa (mahal sedikit)
  4. Susu kambing (anggaran RM30/15 paket); kalau dapat susu kambing asli lagi baik
  5. Khal tamar/cuka kurma (anggaran RM15-20 sebotol)
  6. Minyak zaitun extra virgin (anggaran RM15 sebotol)
JUMLAH: Anggaran RM100 untuk 2 minggu atau RM200 untuk sebulan untuk makanan kesihatan;  lebih rendah dari perbelanjaan untuk rokok yang memudharatkan (anggaran RM300 sebulan)
Kesimpulan
Kebanyakkan tip yang aku jumpa di internet menyarankan agar jangan sesekali meninggalkan sarapan pagi. Berikut adalah antara versi-versi yang berkaitan, meskipun nampak berbeza antara satu sama lain, tetapi isi pentingnya hanya satu, jangan meninggalkan sarapan pagi sejurus bangun dari tidur, berikut adalah kompilasi petua berkenaan:
saya amalkan setiap pagi sebelum mkn apa2 minum 1 sudu madu dan mkn 3 biji buah kurma,niat la pada Allah agar disembuhkan penyakit tersebut…
di awal pagi sebelum makan apa2 baiklah minum air 0 bersama buahan lembut seperti betik…dah selepas setengah jam barulah bersarapan
beli jeli gamat, minum time pg b4 bfast..mkn 2 biji kurma..n baru mkn nasi..insyallh..cpt smbuh..sy pn da elok gstrik n..alhmdllh..
Baru2 ini atas nasihat rakan saya mula meminum sesudu minyak zaitun (virgin) dengan 3 titis minyak habbatus sawwdah setiap pagi sbl sarapan. Alhamdulillah, kesannya boleh dikatakan hampir serta merta di mana angin dalam badan dapat dikeluarkan segera serta mudah untuk ke toilet. Minyak habbatus sawwdah ni agak panas dan kita boleh rasakan bagaimana minyak ini menuruni saluran pemakanan kita ke perut. Kedua2 minyak ini boleh dibeli di kedai2 menjual barang dari tanah suci atau seumpamanya. Harganya tidak mahal sekitar RM15-20 utk minyak zaitun virgin dan RM30-50 utk habbatus sawwdah. Cukup untuk 2 bulan rasanya.
Amalkan minum satu sudu kecil (gunakan sudu plastik) madu lebah (pastikan madu asli) bersama air suam (jangan air panas) sebaik sahaja bangun pagi sebelum gosok gigi. Titiskan 3 titik (atau makan sebiji capsule) minyak habatusauda dan jangan makan dalamasa setengah jam. Selepas solat subuh minum setengah gelas (atau sepaket) susu kambing dan jangan makan dalamasa 20 minit. Mulakan sarapan dengan 3 biji kurma (jika mampu 7 butir kurma Ajwa). Kemudian sarapan ala kadar dan jangan terus minum air selepas makan.
Komen SS: Aku mengambil masa 3 hari untuk mengumpul semua petua-petua ini dari blog Petua (terdapat beratus-ratus komen di sana, agak melecehkan jika hendak dibaca satu persatu). Harap kompilasi dan ringkasan petua-petua di sini memudahkan dan bermanfaat buat semua, sebahagiannya sudah terbukti berkesan berdasarkan sains, sebahagiannya masih belum tetapi terbukti membantu berdasarkan buah mulut nenek moyang terdahulu.

Friday, February 24, 2012

kisahku sebagai Guru Qiraati...














pelbagai ragam pelajarku tika aku mnagajar sbg guru qiraati dan tajwid...plbagai lapisan umur jugak yg aku mngajar,ada sekolah rendah dn menengah..pelbagai ragam budak2 nie,ad yg masih bertatih,merangkak tika membaca qiraati,alquran...namun aku kagum degan semangat mereka ini kerana mereka MAHU BELAJAR ALQURAN,walaupun usia remaja belia...cabaran tetap ada aku akan pastikan mereka ini boleh dgn lancar mengamalkan Alquran,membaca nya setiap hari2...aku sedih jugak,bila aku tanya mereka hanya bergantung pada pnagjian di sekolah ,bukan membaca nya di rumah,alasan hendak membuat keja sekolah,malas dan sbgainya...kalamullah (AL QURAN)itulah mnjadi cahaya tika kita dalam kubur...

Thursday, February 2, 2012

bakal suami dan suami harus contoh sikap Rasullululah saw..
















Ha'ah maulidur rasul telah pun tiba...selawat dan salam buat junjunagn nabi kita mestilah meniti di bibir buat manusia sekalian alam...saya suka tentang sikap rasullulah saw ,seorang suami yg mithali ...sesuai snagat buat kaum adam yg bakal bergelar suami dan suami mncontohi baginda...antaranya suka tolong isterinya memasak,mngurus rumahtangga,dan pelbagai lagi,malah rasullululah sendiri bnyak mngambil berat tentang isteri baginda....seronok kan bila dapat suami yg mithali..punya kebaikan yg mmbuatkan hati isteri brbunga2 riang selalu...bakal suami pun jagan lupa ikut dan contoh perjuagan nabi 2 yg terdahulu cth nabi Ayub as,nabi ibrahim as...kna ikut tau!!!ha'ah jgn lupa ambil bert dari semua aspek pasal wanita nie...sedihlah saya tengok prempuan bnyak ditindas,ingat perempuan nie boneka ker nk tindas2 org...nauzubillah...moga Allah lindungi kita semua...ha'ah sebelum sy mngundur diri jom sama2 kita hayati,fahami lirik lagu laukananalhabib nie best sngt...naik carta tau dalam IKIM Fm...jom..

Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita : لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat : لدينا القاصى والقريب
Dari Taibah sebelum Magrib : من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih : طالبا قرب الحبيب

Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang : بقربه نفس تطيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya : فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam : انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab : بلغنا لقاه يا مجيب

Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih : فدتك روحي يا حبيب
Muhammad yang memuliakan orang asing : محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang : بقربك الروح تطيب
Wahai rahmat sekelian alam :


Friday, January 20, 2012

JODOH PERTEMUAN DI TENTUKAN ALLAH..AKU BILA LAGI??


















ALHAMDULLILAH DAH RAMAI SAHABATKU DAN JUGASAUDARAKU YANG TELAH BERKAHWIN..SUBHANALALH USIAKU SEKARANG DAH 23 TAHUN...SEKEJAP SJA,WALAUPUN ANANK MURIDKU MNGATAKAN RUPA DN FIZIKALKU SPT USIA 13 THUN,TPI AKU TETP X BOLH SMBUNYIKAN USIAKU YG SBNAR2NYA..KWN AKU DAH AD HUSBAND DN ANK DAH SORANG...AKU??INSYAALLAH,JODOH TETAP ADA.. ERMMM APPUN KNA PAHAM JUGAK BAB RUMAH TANGGA NIE BUKAN SENANG,NK KAWIN NIE X BOLH MAIN2 MCMTUE,NK PILIH YG TRBAIK TUELAH AGK SUSAH,YEALAH AKU PUN AD TASTE YG TRSENDIRI,TAPI AKU JUGA INSAN BIASA YG BNYAK KLEMAHAN,TPI DARI SOAL AGAMA MEMG X BOLH LEMAH2,MESTI KNA KUAT2!!SBB KALO AGAMA DAN TAKWA SEORG ISTERI X DAK DLM HATI,MAHU HANCUR BAHTERA ISTANA MHLIGAI...