Friday, March 18, 2011

.(◕‿◕✿) YANG BELALU BIARLAH BERLALU...






















Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila. Itu, sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan yang seadanya.

Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara, mengikatnya dangan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar dan melihat cahaya. Kerana bagaimanapun, berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.

Dengan demikian, tidak akan ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali, kerana ianya memang sudah tiada.

Janganlah anda hidup di dalam mimpi-mimpi buruk masa lalu, atau di bawah bayang-bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri anda dari fantasi tersebut! Apakah anda menginginkan berbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang kali? Apakah anda mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya, bayi ke perut ibunya, air susu kembali ke payu dara si ibu, dan air mata ke dalam kelopak mata, padahal semuanya hanya akan mengalirkan kembali air mata anda?

Dengan kembali ke masa lalu, bererti anda akan merasakan kembali keresahan. Masa lalu tak ubahnya api yang akan terus membakar dan melemparkan diri ke masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat menyedihkan, sekaligus menakutkan.

Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakkan suasana yang ada dan menyia-nyiakan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan. Allah SWT telah mengingatkan kita dengan umat pada masa lalu serta apa yang telah mereka perbuat:

Itulah umat yang telah lalu.....(Al-Baqarah : 134)

Semuanya telah berlalu dan tidak akan berulang kembali. Dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman itu.

Orang yang berusaha kembali ke masa lalu, adalah tidak ubahnya seperti orang yang menggiling tepung, padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya. Ada ungkapan nenek-moyang kita dahulu yang patut direnungkan oleh orang yang menangisi masa lalu: "Janganlah kalian mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya."

Dalam sebuah riwayat diceritakan, bahawa terdapat segolongan orang yang mengerti bahasa binatang. Orang-orang tersebut bertanya kepada keldai: "Mengapa engkau tidak mahu merenungi apa yang telah berlalu?" Keldai itu menjawab: "Kerana aku tidak suka kebohongan."

Bencana dapat menimpa bila kita lemah menghadapi masa kini dan menyibukkan diri dengan masa lalu. Kita menyia-nyiakan keindahan istana yang kita miliki dan mempertaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu yang telah usang. Padahal, seandainya seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu, nescaya mereka tidak mampu melakukannya, kerana pada dasarnya semuanya itu mustahil

Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang, kerana angin akan terus berhembus ke depan; air akan mengalir ke dapan; setiap kafilah akan berjalan ke depan. Oleh kerana itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan

Jangan bersedih.(◕‿◕✿) ...setelah kesulitan pasti ada kemudahan...

"Semua yang telah ditaqdirkan dan dikehendaki Allah, pasti terjadi." (Al-Hadith)

Thursday, March 10, 2011

ADA APA DENGAN PENGALAMAN HIDUP??























PENGALAMAN OH PENGALAMAN..NAMUN PENGALAMAN ITULAH MENGAJAR KITA ERTI KEHIDUPAN YG SEBENAR..WALAUPUN PENGALAMAN ITU PENGALAMAN PAHIT NAMUN ITULAH CARA KITA HENDAK BERHATI-HATI DALM KEHIDUPAN,BILA MENGENANG PENGALAMAN MANIS DALAM KEHIDUPAN RASA SERONOK SANGAT TAPI BILA PENGALAMAN ITU PAHIT RASA SEDIH SANGAT..SERONOK ATAU SEDIH,KITA MESTI BERSYUKUR PADA ALLAH..ALLAH NAK AJAR KITA HIDUP BERDIKARI DENGAN PENGALAMAN YG ADA...WARNA WARNI KEHIDUPAN MESI ADA...MASA REMAJA INILAH KITA MESTI CARI PENGALAMAN...TAPI SEDIH SANGAT ZAMAN REMAJA KINI,MENCARI PENGALAMAN KEARAH MAKSIAT,BERDOSA HUKUMNYA...SEPATUTNYA MASA REMAJA INI CARILAH PENGALAMAN BEKERJA,CARI PENGALAMAN MENUNTUT ILMU...INSYAALLAH PENGALAMAN HIDUP PASTI INDAH...

Thursday, February 17, 2011

MACAM-MACAM SIKAP MANUSIA,ITULAH WARNA WARNI KEHIDUPAN..BERSABARLAH..






















MANUSIA OH MANUSIA,PELBAGAI RAGAM MANUSIA,PELBAGAI SIKAP MANUSIA,NAMUN ADAKAH TIMBUL HUSNUZON IAITU BERSANGKA BAIK SESAMA MANUSIA???KADANG2 MACAM ADA ,ADA YG DENGKI,ADA YG NK MARAH,ADA YG TAK BOLH NAK PERAMAH SIKIT ,ADA YG X BOLEH BERTANYA SIKIT ..MCAM2 10001 PERANGAI MANUSIA..NAMUN APA BOLEH BUAT..LEBIH BAIK BERKAWAN DENGAN BUKU,LEBIH BAIK BERDIAM,LEBIH BAIK KITA BERSERAH KEPADA ALLAH ,ALLAH SAJA YG TAHU SIKAP,HATI DAN PERASAAN KITA...APA2PUN DI DUNIA SAJA KITA BERHADAPAN DENGAN PELBAGAI RAGAM MANUSIA,NNTI DI AKHIRAT ATAU KITA MATI NANTI,KALAU AMALAN KITA BAIK,PASTI KITA AKAN BERSAHABAT DGN ORG YG PALINNNGGG BAIK KAN??

DIET RASULLULLAH SAW




















Diet Rasulullah
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

Friday, February 11, 2011

AKU RINDU RASULLULLLAH,BILA AKU DAPAT BERJUMPA DENGAN MU YA RASULLULAH























rabiulawwal menjelang lagi
terkenang kita Rasul pilihan
nabi Muhammad pemimpin ummat
membawa rahmat membawa berkat
nabiulhadi rasul mustofa 2x

lahirnya nabi memancar cahaya
hilang lah gelap datanglah suria
membawa ukhwah ikatan ummah 2x
sollua'lai 2x

rabiulawwal bulan keramat
membawa syariat panduan umat
mengenal Allah kenal akhirat
tinggi kan darajt insan sejagat
ya Rasulullah ya habiballah 2x

ya... Rasulullah...
lambang keadilan hilang gelisah
yang merosakkan hidupnya insan
besar jasamu ya Rasulullah


AKU SANGAT RINDU PADA RASULLULAH,AKU INGIN MNCONTOHI SIKAP RASULLULAH,NAMUN AKU TEWAS,AKU HENDAK SABAR DN TABAH MNGHADAPI UJIAN HIDUP SEPERTI RASULLULAH,NAMUN AKU MENGELUH DGN TAKDIR,AKU HENDAK IKUT SUNNAH RASUL,NAMUN AKU EGO MNGIKUT CARA DIRIKU SENDIRI...ADAKAH AKU BERPELUANG BERJUMPA DENGAN MU YA RASULLULAH???YA ALLAH BESARNYA PENGORBANAN MU YA RASULLULAH,HATI AKU PASTI SEBAK DGN CACIAN DAN MAKIAN YG DILEMPARKAN PADAMU,NAMUN ENGAKU TIDAK SEDIKIT PUN MEMBALAS NYA,MALAH MENDOAKAN SUPAYA DI BERI HIDAYAH DN PTUNJUK OLEH ALLAH...YA RASULLULAH,TARIKH KERAMAT RABIUAWWAL SANGAT DINANTI,AKU PUN TERUJA MENYAMBUTNYA,MOGA AKU DAPAT BERSAMAMU YA RASULLULLAH. SAW..SAYANG RINDUKU PADAMU YA RASULLULAH,CINTA ALLAH,CINTA RASULLULLAH..

Friday, January 21, 2011

~`BILA DIUJI DENGAN SAKIT~`YA ALLAH SEMBUHKANLAH PENYAKITKU,ALLAH SAJA YG MENYEMBUHKAN SEGALA PENYAKITKU~~




















Bila sakit, hiburkan hatimu dengan firman Allah..

Tiada sesuatupun bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu bergembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi menyombongkan diri.” (Al-Hadid:22-23)

Sakit itu tanda Allah sayang pada kita. Semakin berat penderitaan, semakin pahala dilipatgandakan.

Sahabat Abdullah bin Mas’ud ra. berkata: Saya menjenguk Rasulullah saw. sedangkan beliau sedang menahan sakit kerana demam, saya berkata: ”Wahai Rasulullah, sungguh engkau kelihatan sedang menahan rasa sakit yang berat?” Rasulullah saw. berkata: ”Benar, sesungguhnya saya sedang menahan sakit sebagaimana dua orang di antara kalian.” Abdullah berkata: Saya berkata: ”Hal itu kerana engkau mendapatkan dua pahala.” Rasulullah saw. menjawab: ”Benar”, kemudian baginda melanjutkan: ”Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.” (HR. Bukhari-Muslim)

Terubat hati dan jasad saat membaca hadith ini. Semua orang pernah sakit. Rasulullah S.A.W sendiri pernah mengalami sakit. Namun begitu Nabi tetap sabar dan tabah.

Dalam waktu lain, Rasulullah menjenguk Salman al-Farisi yang sedang berbaring sakit. Rasulullah bersabda. “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah swt., doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”

Rasulullah juga melarang kita mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda.“Janganlah kamu mencela demam. Kerana sesungguhnya demam itu menghakis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)

Sakit ini juga boleh jadi angkara sikap diri kita sendiri yang tidak menjaga hak tubuh badan. Semoga Allah mengampuni diri kitai yang serba lemah.

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosamu.” ( As Syura: 30)

(Iaitu Tuhan) yang telah menciptakan aku, Maka Dialah yang menunjuki aku. Dan Tuhanku, yang Dia memberi makan dan minum kepadaku. Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku. Dan yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali). Dan yang amat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat” (Asy Syu’araa’: 78 – 82)

Thursday, January 13, 2011

1/3 HARI KU BEKERJA,1/3 HARI KU BERIBADAT PADA ALLAH,1/3 HARI KU BEREHAT~~ITULAH HIDUP MANUSIA















"BEKERJA UNTUK ISLAM","BEKERJA IKHLAS KERANA ALLAH",BEKERJA ,KERJA DAN TERUS KERJA,ITULAH REALITI KEHIDUPAN,NAK HIDUP MESTI KENA KERJA KAN??CARI REZEKI...REZEKI???ADAKAH REZEKI KITA HALAL DI SISI ALLAH SWT??ADAKAH REZEKI KITA BERKAT??BAGAIMANA KALAU KITA SIBUK BEKERJA SHINGGA LUPA PDA TANGGUNGJAWAB KITA PDA ALLAH??TEPUK MINDA TANYA AKAL...AKU SUKA PADA SIKAP IMAM SHAFIE DALAM MENGGUNAKAN MASA 1/3 MALAM UNTUK BERIBADAT,1/3 MALAM UNTUK BEREHAT DAN 1/3 MALAM UNTUK BEKERJA..BEGITU JUGA SAIDINA UMAR AL KHATTAB ,SAIDINA UMAR TIDAK SUKA ORANG YG BERPELUK TUBUH TANPA BERUSAHA...BERUSAHALAH ,BEKERJALAH MNCARI CINTA ALLAH,MNCARI BERKAT ALLAH,MNCARI KEIZZAHAN ISLAM...JOM BEKERJA KERANA ALLAH..