Thursday, February 17, 2011

DIET RASULLULLAH SAW




















Diet Rasulullah
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

Friday, February 11, 2011

AKU RINDU RASULLULLLAH,BILA AKU DAPAT BERJUMPA DENGAN MU YA RASULLULAH























rabiulawwal menjelang lagi
terkenang kita Rasul pilihan
nabi Muhammad pemimpin ummat
membawa rahmat membawa berkat
nabiulhadi rasul mustofa 2x

lahirnya nabi memancar cahaya
hilang lah gelap datanglah suria
membawa ukhwah ikatan ummah 2x
sollua'lai 2x

rabiulawwal bulan keramat
membawa syariat panduan umat
mengenal Allah kenal akhirat
tinggi kan darajt insan sejagat
ya Rasulullah ya habiballah 2x

ya... Rasulullah...
lambang keadilan hilang gelisah
yang merosakkan hidupnya insan
besar jasamu ya Rasulullah


AKU SANGAT RINDU PADA RASULLULAH,AKU INGIN MNCONTOHI SIKAP RASULLULAH,NAMUN AKU TEWAS,AKU HENDAK SABAR DN TABAH MNGHADAPI UJIAN HIDUP SEPERTI RASULLULAH,NAMUN AKU MENGELUH DGN TAKDIR,AKU HENDAK IKUT SUNNAH RASUL,NAMUN AKU EGO MNGIKUT CARA DIRIKU SENDIRI...ADAKAH AKU BERPELUANG BERJUMPA DENGAN MU YA RASULLULAH???YA ALLAH BESARNYA PENGORBANAN MU YA RASULLULAH,HATI AKU PASTI SEBAK DGN CACIAN DAN MAKIAN YG DILEMPARKAN PADAMU,NAMUN ENGAKU TIDAK SEDIKIT PUN MEMBALAS NYA,MALAH MENDOAKAN SUPAYA DI BERI HIDAYAH DN PTUNJUK OLEH ALLAH...YA RASULLULAH,TARIKH KERAMAT RABIUAWWAL SANGAT DINANTI,AKU PUN TERUJA MENYAMBUTNYA,MOGA AKU DAPAT BERSAMAMU YA RASULLULLAH. SAW..SAYANG RINDUKU PADAMU YA RASULLULAH,CINTA ALLAH,CINTA RASULLULLAH..

Friday, January 21, 2011

~`BILA DIUJI DENGAN SAKIT~`YA ALLAH SEMBUHKANLAH PENYAKITKU,ALLAH SAJA YG MENYEMBUHKAN SEGALA PENYAKITKU~~




















Bila sakit, hiburkan hatimu dengan firman Allah..

Tiada sesuatupun bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu bergembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi menyombongkan diri.” (Al-Hadid:22-23)

Sakit itu tanda Allah sayang pada kita. Semakin berat penderitaan, semakin pahala dilipatgandakan.

Sahabat Abdullah bin Mas’ud ra. berkata: Saya menjenguk Rasulullah saw. sedangkan beliau sedang menahan sakit kerana demam, saya berkata: ”Wahai Rasulullah, sungguh engkau kelihatan sedang menahan rasa sakit yang berat?” Rasulullah saw. berkata: ”Benar, sesungguhnya saya sedang menahan sakit sebagaimana dua orang di antara kalian.” Abdullah berkata: Saya berkata: ”Hal itu kerana engkau mendapatkan dua pahala.” Rasulullah saw. menjawab: ”Benar”, kemudian baginda melanjutkan: ”Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.” (HR. Bukhari-Muslim)

Terubat hati dan jasad saat membaca hadith ini. Semua orang pernah sakit. Rasulullah S.A.W sendiri pernah mengalami sakit. Namun begitu Nabi tetap sabar dan tabah.

Dalam waktu lain, Rasulullah menjenguk Salman al-Farisi yang sedang berbaring sakit. Rasulullah bersabda. “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah swt., doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”

Rasulullah juga melarang kita mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda.“Janganlah kamu mencela demam. Kerana sesungguhnya demam itu menghakis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)

Sakit ini juga boleh jadi angkara sikap diri kita sendiri yang tidak menjaga hak tubuh badan. Semoga Allah mengampuni diri kitai yang serba lemah.

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosamu.” ( As Syura: 30)

(Iaitu Tuhan) yang telah menciptakan aku, Maka Dialah yang menunjuki aku. Dan Tuhanku, yang Dia memberi makan dan minum kepadaku. Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku. Dan yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali). Dan yang amat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat” (Asy Syu’araa’: 78 – 82)

Thursday, January 13, 2011

1/3 HARI KU BEKERJA,1/3 HARI KU BERIBADAT PADA ALLAH,1/3 HARI KU BEREHAT~~ITULAH HIDUP MANUSIA















"BEKERJA UNTUK ISLAM","BEKERJA IKHLAS KERANA ALLAH",BEKERJA ,KERJA DAN TERUS KERJA,ITULAH REALITI KEHIDUPAN,NAK HIDUP MESTI KENA KERJA KAN??CARI REZEKI...REZEKI???ADAKAH REZEKI KITA HALAL DI SISI ALLAH SWT??ADAKAH REZEKI KITA BERKAT??BAGAIMANA KALAU KITA SIBUK BEKERJA SHINGGA LUPA PDA TANGGUNGJAWAB KITA PDA ALLAH??TEPUK MINDA TANYA AKAL...AKU SUKA PADA SIKAP IMAM SHAFIE DALAM MENGGUNAKAN MASA 1/3 MALAM UNTUK BERIBADAT,1/3 MALAM UNTUK BEREHAT DAN 1/3 MALAM UNTUK BEKERJA..BEGITU JUGA SAIDINA UMAR AL KHATTAB ,SAIDINA UMAR TIDAK SUKA ORANG YG BERPELUK TUBUH TANPA BERUSAHA...BERUSAHALAH ,BEKERJALAH MNCARI CINTA ALLAH,MNCARI BERKAT ALLAH,MNCARI KEIZZAHAN ISLAM...JOM BEKERJA KERANA ALLAH..

Monday, January 3, 2011

~~SABARLAH HATIKU DAN JUGA KHAS BUAT DIRIKU~~



















Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.

Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.

Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.

Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.

Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.

Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.

Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti diuji.

Sekuat manakah cintamu pada-Nya, sehebat manakah kasih kamu pada-Nya.

Ujian datang dalam pelbagai cara.

Hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu pada-Nya.

Andai kata kuat dan tetap hatimu pada-Nya, maka bergembiralah.

Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayang-Nya selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisi-Nya masih lemah.

Kembalilah pada cinta-Nya yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.

Sudah menjadi sunnah-Nya, setiap yang bergelar mukmin pasti akan diuji.

Dari ujian itulah, Dia mencari hamba-hamba-Nya yang benar-benar mendambakan keredhaan dari-Nya.

Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?

Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.

Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.

Maka sabarlah duhai hati.

Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang Pencipta,

maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.

Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai Tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.

Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadap-Nya yang sudah pasti disaluti onak dan duri,

akan didatangkan seorang yang turut sama mencintai-Nya sebagaimana dirimu juga.

Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.

Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan Tuhan yang Maha Satu.

Maka sabarlah duhai hati.

Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.

Dia akan datang. Itu sudah pasti.

Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali Dia sang Pencipta cinta itu.

Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang Pencipta cinta itu sendiri.

Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dari-Nya, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.


p/s:nasihat ini khas untuk diriku kerana aku didugai oleh Allah kesihatanku..hanya kuasa Allah saja yg dapat menyembuhkan mu....

Saturday, December 18, 2010

KENAPA ALLAH MENGUJI AKU?KENAPA MESTI ADA DUGAAN HIDUP?
























KIFARAH

KIFARAH= ujian ke atas org yg baik tetapi terlanjur melakukan kejahatan.Maka ketika itulah ia diuji oleh Allah. Allah mnjadikan kesusahan dlm ujian itu sbg tebusan untuk mghapuskan dosa dan keterlanjurannya. Ertinya Allah mmblas kesalahannya di dunia utk melepaskannya dr balasan d akhirat. Ini adalah lebih baik krna azab d dunia adlh lebih ringan berbanding azab d akhirat. Dgn KIFARAH org baik itu akn mndapat peringatan dan amaran atas kesalahan dan keterlanjurannya lalu bertaubat kpd Allah.

“Dan Kami timpakan kpd mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yg benar (Az-Zukhruf :48)”

2. BALA

BALA= Ujian keats org jahat yg sedang melakukan kejahatan. Allah jadikan ujian itu sbg hukuman d dunia sebelum dhukum d akhirat dengan hukuman yg lebih berat. Dengan kemurkaanNYA Allah turunkan kepedihan d dunia lg sebelum d azab d neraka.Mereka akan d azab 2 kali, ptama d dunia dan kedua d negeri abadi. Ringkasnya bala ialah bentuk ujian ke atas org jahat yg sedang melakukan kejahatan. Umat Nabi Nuh dtenggelamkan banjir, Firaun dtelan Laut merah ,Qarun dtelan bumi,kaum Aad,Tsamud dtmpa hujan batu dan bencana alam yg lain.

dunia dan di akhirat dan mereka tdk akan mndapat sesiapapn d bumi ini yg akan mnjdi pelindung dan juga yg mnjdi penolong (At-Taubah:74)”

3. IBTILA’

IBTILA’= Ujian thdp org baik yg sdg melakukan kebaikan .Ini adalah tnda kasih syg Allah kpd hmbaNYA yg taat. Justeru dgn ibtila’ hmba itu akn mndpt pahala dan dtggikn pula darjatnya d sisi Allah. JIka tdk diuji bagaimana hmba yg taat itu hndak mndapat pahala sabar,syukur ,reda,pemaaf,qanaah dr Allah. Maka dgn ujian bentuk iniah ada kalangan para Rasul dtgkatkan ke darjat Ulul Azmi yakni mereka yg paling gigih sabar dan berani menanggung ujian.

Golongan para Nabi,syiddiqin,syuhada dan solehin adlah mereka yg sentiasa d uji dlm bntuk ibtila’ ini “Adakah patut kamu mnyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum smp kepada kamu ujian dan cobaan seperti yg berlaku kpd org2 terdahulu drpd kamu?? Mereka telah dtimpa kepapaan kemusnahan harta bnda, dan serangan penyakit serta d goncangkan oleh ancaman bahaya musuh sehingga berkatalah Rasulullah dan org2 yg beriman yg ada bersamanya ; Bilakah dtgnya pertolongan Allah?

Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kpd agama Allah (Al-Baqarah :214)

Sunday, December 5, 2010

BERMULANYA TAHUN BARU HIJRAH,BERMULANYA HIJRAH KE ARAH KEBAIKAN ,TINGGALKAN KEJAHATAN






















Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

[ Maal Hijrah lyric found on www.lirik.my ]
Satu Muharram Detik Permulaan


TERINGAT DARI ZAMAN SEKOLAH SEHINGGA SEKARANG,LAGU NASYID MAAL HIJRAH SENTIASA TERSEMAT DALAM ALUNAN JIWA SAYA..NAMUN ADAKAH KITA FAHAM ERTI HIJRAH YG SEBENAR??ADAKAH KITA FAHAM APA ITU SATU PENGHIJRAHAN ATAU MASIH DI DALAM ZAMAN JAHILIYAH MODEN YG TIDAK MAHU BERUBAH??TEPUK MINDA,TANYA AKAL..