"SEORANG ISTERI YG SOLEHAH HENDAKLAH MEMASAK DENGAN AIR TANGANNYA SENDIRI KEPADA SUAMI"AIR TANGAN ISTERI YG MEMASAK LEBIH BERKAT DARI AIR TANGAN DI KEDAI MAKAN..BUAT BAKAL ISTERI BELAJARLAH MEMASAK ..SETINGGI MANA PANGAT DAN PELAJARAN SEORANG PEREMPUAN ITU ,KE DAPUR JUGA AKHIRNYA..WAHAI ISTERI YG SOLEHAH,BERWAJAH MANISLAH KETIKA MEMASAK,KELAK MASAKAN ANDA TETAP MANIS..JIKA WAJAH ANDA MASAM ATAU MOODY MAKA MASAMLAH MASAKAN ANDA..JANGAN MENGATAKAN TIDAK TAHU MEMASAK,DI PASARAN BERLAMBAK BUKU RESEPI MASAKAN..SEBELUM MASAK MULAKAN DENGAN SELAWAT..INSYAALLAH MASAKN ANDA MENJADI BERKAT..JOM MASAK..
Isi alam puspa warna Bukti Tuhan Maha Kuasa Kemanakah arah tuju Hukum Tuhan pasti berlaku Bukan tempat lalai leka Di dunia bakti di tempah Tanam budi luhur budi Di akhirat tempat Abadi
"USAH BERDENDAM PADA ORANG YG MENZALIMI KITA ,HUKUM ALLAH TETAP ADA"SUDAH ACAP KALI SAYA DIZALIMI,SAYA PUN TAK TAHU APA DOSA SAYA ,DALAM HATI DAN FIKIRAN SAYA MUNGKIN ALLAH MENGUJI SAYA..ALLAH SAYANGKAN SAYA..YA ALLAH JIKA AKU YANG BERSALAH AMPUNKAN AKU..MUNGKIN JUGA ADA HIKMAH YANG BERLAKU,BAIK PUN ADA HIKMAH BURUK PUN ADA HIKMAH..TERNYATA KEBENARAN ITU TETAPADA..SAYA TIDAK BOLEH MENCERITAKAN KEBENARAN ITU ,DEMI MENJAGA HATI DAN TIDAK MAHU MENGAIBKANNYA,NAMUN APA YANG PASTI HUKUM KARMA TETAP BERLAKU..BAIK DIBALAS DENGAN BAIK,JAHAT TETAP DIBALAS DENGAN JAHAT,NAMUN SEBAGAI ORG ISLAM,KITA MESTI BERSERAH PADA ALLAH,ALLAH YG BERHAK MENGHUKUMI KESALAHAN DIRINYA..YA ALLAH KUATKANLAH HAMBAMU INI MENGAHADAPI KEHIDUPAN YG PENUH FANA DAN PANCAROBA..
Cinta Nabi Ibrahim kepada Sang Pencipta mengorbankan si anak yang sangat dikasihinya, Cinta Nabi Ismail menundukkan jiwa seorang bapa untuk redha pada ketentuan dariNya, Bagaimana pula dengan cinta kita? Mampukah kita mengorbankan segala harta dan masa Apatah lagi jika yang menjadi taruhan adalah nyawa Sungguh, kita umat akhir zaman yang lalai dengan dunia Sehingga lupa kepada cinta kepada Pencipta Masa dibazirkan dengan berhibur dan duduk bersahaja Harta menjadi aset untuk berlumba siapa yang lagi kaya Bila ditanya bila nak bertaubat,jawabnya bersahaja Tunggu nanti bila meningkat tua Sia-sia lah separuh usia amanah dari Yang Esa.
Marilah sama-sama kita bermuhasabah, telah cukupkah pengorbanan kita kepada agama ini sepertimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, kerana sejarah telah membuktikan, tiada cinta tanpa pengorbanan! Sahabat,ini merupakan kekasih Allah yang diuji sebegini rupa, bagaimana pula dengan diri kita? Cubaan dan dugaan yang dihadapi setiap hari kehidupan tidak ternilai berbanding mereka.Namun masih kita mudah berkeluh kesah dan lupa akan nikmat pemberianNya. Layakkah kita ke syurga berbekalkan mahar yang dibawa? Maha Suci Tuhan, menciptakan dua susuk tubuh yang amat akur pada perintah seorang Pencipta. Betapa sukarnya Nabi Ibrahim untuk bertemu semula dengan anaknya yang ditinggalkan sejak dari kecil,dan setelah bertemu diminta pula untuk dikorbankan. Namun,cinta Allah lebih agung dari segalanya,disuarakan jua riwayat mimpi kepada si anak kecil yang masih belum kenal pada dunia, tetapi telah mengenal erti cinta. Cinta seorang hamba kepada Tuannya.
Dua susuk tubuh ini sama-sama IKHLAS berKORBAN demi CINTA kepada Allah swt.Betapa lemahnya langkah Nabi Ibrahim ketika itu kerana tahu nasib yang akan menimpa Nabi Ismail,anak kesayangannya. Dan Allah swt tidak pernah lekang walau sesaat menghitung rintih hiba hambaNya ini,apatah lagi untuk menzalimi hambanya yang beriman yang akhirnya DIA mengurniakan rahmatNya:
'Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: ' (As-Saaffat:107-108)