Thursday, February 21, 2013

Tafsir Mimpi Bogel..Sheikh Ahmad Sudais (Imam besar Masjidil Haram)

Pagi tadi dalam kelas Ustaz Fauzi beliau menceritakan tentang satu kisah berkenaan mimpi. Subhanallah..... menitik air mata bila mendengar kisah ini.... yakni tafsir mimpi. 

 

Begini ianya bermula......

Sheikh Ahmad Sudais dijemput ke salah satu stesyen Radio di negara beliau, untuk ditemuramah serta membincangkan hal hal yang berkaitan agama di stesyen radio berkenaan, terdapat beberapa sesi temubual dan soal jawab. Tidak ketinggalan juga sesi untuk para pendengar radio untuk menelefon dan bertanyakan soalan kepada Imam Besar Mekah itu.

Ketika tengah rancak berkumandang di udara, Pihak stesyen radio menerima panggilan telefon daripada pendengar radio

Pendengar : Assalamualaikum, izinkan saya bertanya soalan?

Sheikh Sudais : aiwa, teruskan.

Pendengar : Saya ingin bertanyakan mengenai Tafsir mimpi.

Sheikh Sudais: Maaf, saya kurang arif berkenaan ilmu tafsiran mimpi tetapi silakan bertanya, mungkin saya boleh bantu dengan beberapa hadith shohih mengenai mimpi seperti mimpinya nabi Yusuf atau juga ada hadith2 lain, atau mungkin juga saya bertanyakan kepada kenalan saya yang lebih memahami.

Pendengar : Saya bermimpikan seseorang yang dalam keadaan bogel mengelilingi(tawaf) kaabah tanpa perasaan malu , apakah maksudnya Sheikh?

Sheikh Sudais: Masyaallah.. masyaallah, yang ini saya tahu, Orang itu akan diampunkan segala dosanya oleh ALLAH, Umpama bayi yang baru lahir.

Pendengar:  Bolehkah saya memberi khabar gembira ini kepada beliau?

Sheikh Sudais: Sudah menjadi kewajipan bagi tuan untuk memberikan khabar gembira ini kepada beliau.

Pendengar : Lelaki itu adalah Tuan Sheikh sendiri.

Sheikh Sudais terkejut dan teresak2 menangis sehinggakan program itu terpaksa dibatalkan dan dihentikan kerana esakan tuan sheikh.

Syeikh Abdurrahman As-Sudais, Imam Besar Masjidil Haram, Makkah Al Mukarramah...
*****

Hidupnya kita kerana Tarbiyyah
bukan kerana duit.

Jangan gadaikan tarbiyyah semata-mata kerana harta.

Moga Allah tunjukkan kita jalan yang lurus.

 #@: ya Allah,aku harap aku dapat berjumpa dengan Syeikh Abdul Rahman Al Sudais,peribadi belaiau sungguh aku kagum..subhanallah..


impian ke makkah

indahnya dapat bersama penduduk di bumi Makkah ..ya Allah aku harap impian aku tercapai untuk mnjadi tetamu Allah..

Allah uji aku ,allah sayang pada ku

Ya Allah,masuk tahun nie dah 2 tahun aku di uji dgn sakit gastrik..sakit yg allah saja yg tahu..semangat utk aku terus hidup tetap ada,keja mesti kuat,utuk hidup,namun aku punya cita2 dan impian,biarlah Allah yg tahu ap cita2 terbesar aku..Semangat aku ialah:

Sakit yang meninggikan darjat
 untuk menghapuskan dosa, kesakitan atau bala bencana yang menimpa seseorang juga merupakan jalan untuk Allah meninggikan darjat seorang hamba-Nya. Walaupun ia mungkin dilihat sebagai teruk di mata manusia, namun hikmahnya hanya Allah yang mengetahui.
Menurutnya, kisah Nabi Ayub ketika bersabar menerima ujian kesakitan terhadap dirinya merupakan contoh yang baik. Betapa Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah, namun masih mampu berbaik sangka kepada Rabb.
"Sudahlah dirinya ditimpa penyakit, anak-anak dan isteri juga menjauhinya. Namun Nabi Ayub tetap bersabar menerimanya sehinggalah Allah mengembalikan semula kesihatan kepadanya dan ditinggikan pula darjat di sisi-Nya.
"Jadi, sakit itu dan kesabaran Nabi Ayub dalam melalui ujian Allah berkenaan punya hikmah yang besar. Bukankah semua itu datangnya daripada Allah dan kepada Allah jua harus dikembalikan semuanya?" ujarnya.

apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan kepadanya 4 malaikat. 

Malaikat Pertama : akan ambil SELERANYA.
Malaikat kedua : akan ambil REZEKINYA.
Malaikat ketiga : akan ambil KECANTIKANNYA (wajah menjadi puact) 
Malaikat keempat : akan ambil DOSANYA 

Dan apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNYA kembali sihat, Allah akan suruh malaikat pertama,kedua & ketiga untuk beri balik apa yang diambil olehNYA buat sementara waktu iaitu nikmat SELERA, REZEKI & KECANTIKAN. 
Tapi, Allah tidak menyuruh malaikat keempat untuk beri balik DOSA hambaNYA yg telah diambil. Nak tahu kenapa?

Sebab sakit itu ujian Allah. Sakit itu kafarah(penghapus) dosa bagi tiap2 hambaNYA. SubhanAllah.. betapa kasih, mulia & baik hatinya Allah pada hamba2NYA. Sebab tu kene selalu husnudzon (bersangka baik) bila Allah uji kita dgn rasa sakit.

Sungguh kasihnya Allah pada kita. Dalam Dia menguji kita dengan nikmat sakit, ganjaran dan pahala tetap ada buat kita, hamba-hambaNYA.

subhanallah..
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..:')
jangan mengeluh dengan apa yang menimpa diri..
Allah cuma rindu untuk mendengar Rintihan HambaNya..
maka dia berikan kita dugaan,ujian dan cabaran dalam hidup..
supaya kita kembali padaNya..